Negara Maju (JEPUN)
Pendidikan di Jepun, mereka menggunakan kaedah Lesson Study (Jogyoukenyu) dalam pembelajaran. Lesson Study telah bertapak di Jepun sejak 100 tahun lalu dan telah menjadi sebahagian budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka yang telah berjaya melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam kehidupan seharian. Selain itu, Lesson Study juga merupakan salah satu pendekatan bagi meningkatkan perkembangan profesional keguruan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(West-Olatunji, et al.2008) Pelaksaan pendekatan ini adalah satu langkah untuk mengubah pendekatan pengajaran guru yang bersifat individual kepada pendekatan berbentuk perkongsian, perbincangan dan kerjasama melalui pembelajaran komuniti. Hal ini demikian kerana, komuniti pembelajaran profesional dapat memberi peluang kepada guru untuk :
- Mengenalpasti persoalan yang sesuai untuk meningkatkan pembelajaran pelajar
- Berkongsi pengalaman di dalam kelas bersama rakan sekumpulan
- Membolehkan guru belajar, melaksanakan pengajaran dengan lebih bermakna bagi meningkatkan pencapaian pelajar di dalam kelas.
Model Lesson Study
⇴ Umumnya terdapat empat langkah dalam pelaksanaan Lesson Study iaitu mengenalpasti masalah dan matlamat, merancang pengajaran, melaksanakan pengajaran dan memuat refleksi (Lewis & Hurd 2011)
⇴Lesson Study merupakan satu pendekatan bertujuan untuk melakukan penelitian terhadap pengajaran guru dalam kelas. Bukan itu sahaja, pendekatan ini juga bertujuan untuk meneroka perkembangan pembelajaran pelajar dengan lebih mendalam dan bermakna kerana ia memberi penekanan kepada proses pembelajaran (Mohamed Naim Daipi, 2009)
⇴Selain itu, pendekatan pengajaran Lesson Study juga dapat meneroka idea guru untuk meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis, saling membantu mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah serta meluaskan pemahaman, kemahiran dan keupayaan guru dan pelajar.
Pelaksaan Lesson Study
a) Sejarah dan perkembangan
- Di Jepun, guru pra perkhidmatan telah didedahkan dan terlibat secara langsung dalam LS semasa pembelajaran dan persediaan mereka untuk menjadi guru (Wiber & Brown, 2007) Pengalaman LS diperoleh melalui mata pelajaran khusus berkaitan dgn LS dalam pengajiannya di peringkat pra siswazah. Lesson Study dalam pembelajaran bakal guru turut melibatkan kaloborasi antara guru berpengalaman, profesor dan mentor dari universiti dalam bidang pendidikan (Fernadez & Yoshida, 2004)
- Kaizen merupakan tunjang proses LS dan melaluinya guru-guru belajar antara satu sama lain untuk berkongsi idea untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Aktiviti kerjasama dan intelektual ini menediakan guru-guru peluang komuniti pembelajaran untuk meningkatkan tahap kemahiran profesional, hubungan dengan pelajar, serta penglibatan dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan berasaskan bilik darjah dan memberi penekanan kepada 'learning by doing'
b) Pembentukan Komuniti Pembelajaran
- Taylor el. al (2005) menyatakan bahawa pembelajaran guru sama ada secara individu atau berkumpulan diuji dalam komuniti pembelajaran profesional profesional. Ciri-ciri pembelajaran dalam komuniti pembelajaran profesional merangkumi :-
- pembelajaran pelbagai teknik dan strategi pembelajaran
- pembelajaran secara aktif memberi ruang kepada pembelajaran sosial
- interaksi pembelajaran guru dan murid
- kesinambungan pembelajaran guru dan pelajar secara berterusan secara kolaboratif di dalam sekolah
c) Penyediaan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP)
- Rancangan pengajaran yang dibentuk secara bersama akan mewujudkan perkongsian idea sesama ahli kumpulan sekaligus pelajar dapat belajar pelbagai kemahiran yang akan diterapkan. Strategi pengajaran yang dipilih sama ada melalui pembacaan atau pengalaman boleh ditentukan berdasarkan kepada kesesuaian konteks pelajar.
d) Kelas Terbuka
- Setelah rancangan pengajaran telah disiapkan, pelajar diajar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pengajaran LS memperkenalkan konsep kelas terbuka (open class) iaitu memberi ruang yang luas kepada pemerhati luar sama ada yang terlibat dalam kumpulan komuniti pembelajaran dan komuniti penilaian. Seterusnya, pengajaran guru akan direkodkan menggunakan rakaman audio (mp3) untuk merakamkan perkembangan isi pengajaran dan untuk melihat proses pengajaran secara menyeluruh bertujuan untuk analisis.
e) Refleksi Pengajaran
- Setelah pengajaran selesai, semua ahli/ guru akan berbincang secara kolaboratif dan terbuka untuk memberi komen mengenai proses pengajaran dan pembelajaran yang telah diperhatikan.
Comments
Post a Comment